28 July 2012

Senarai kuih raya paling mudah nak buat (bujang sahaja)

Assalamualaikum wbt


          Bujang lagi tak? kalau dah kahwin, sila-sila pergi tengok tv, channel 703 tengok Asian Food Channel.Kerana segala makanan yang dinyatakan di sini hanya untuk mereka yang bujang, makan seorang, tak punya sebarang kemahiran, bajet kurang dan elemen akhir mempunyai rasa malas yang amat dahsyat.


    Anda harus malas Kalau anda seorang yang rajin mungkin anda boleh cuba tengok resipi yang lebih baik seperti cheesecake topping syrup dan kek oreo dengan almond yang mana masa nak makan lebih singkat daripada masa untuk  membuat kuih tersebut.

   
    Ini tidak bagus ye puan-puan.Sebagai chef bujang ,kita kena urus masa dengan efisyen .Masa yang lebih harus digunakan untuk mencari balak ke,usha k-pop ke , online facebook ke -__-'' . Barulah nikmat hidup.


Ok masterkan diri dengan kuih dekat bawah ni then baru buat macam atas ni. Hikhik


Senarai Kuih Raya Wajib Buat.
1)Cornflake madu/coklat
2)Biskut Kelapa Moden 
3)Biskut Kelapa Tradisional
4)Pandan cookies


Cornflakes Madu
Bahan-Bahan
setengah buku buttercup (125 g)
setengah kotak cornflakes besar
3/4 cawan gula halus
5 sudu besar madu.

Cara-caranya
1.Panaskan kuali ,masukkan butter dan gula .Cairkan.

2.Masukkan madu dan kacau , kemudian masukkan cornflakes dan kacau hingga rata.

3.Masukkan dalam acuan kertas dan bakar hingga kuning selama 5 minit. Tujuannya untuk bagi cornflakes melekat. Suhunya pula dalam 100 celcius. Ikut oven masing-



Biskut Kelapa Tradisional
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung sagu/ubi kayu (Untuk bagi biskut rangup sangat)
1 setengah gelas gula halus
3 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla (Kalau dah pakai kelapa basah yang digoreng sendiri, tak payah esen ni pun takpe.)
Marjerin/mentega ikut basah
Kelapa kering 40 gm/setengah paket kecil (Dulu pakai kelapa basah kemudian goreng sendiri. Bau kuih ? Tersangatlah wangi.Sekarang mana nak dapat lagi.Hee~)


Cara membuatnya
1.Pukul mentega dan gula sampai kembang. Kalau nak guna sikit, guna mentega.Kalau nak guna banyak, guna marjerin. Jimat sikit. Mengenai kebasahan, bila biskut disalut kelapa kering nanti ,biskut akan kering(saya selalu tersedak . HAHA.).Jadi boleh lebihkan mentega/marjerin kalau nak biskut tak kering.Kadang2 doh boleh jadi kering kalau kelapa terlebih.Pandai2 lah adjust ikut selera:)

2.Masukkan kuning telur satu persatu,esen vanilla ,pukul lagi.

3.Dalam masa yang sama ,ayak tepung gandum dan baking powder bersama.Masukkan dalam mangkuk adunan tadi .Masukkan tepung sagu  dan kelapa kering. Ulikan doh sehingga sebati.

4. Kemudian boleh canai doh  dan guna acuan pelbagai bentuk. Golekkan/salutkan dengan kelapa kering sebagai hiasan.

5.Boleh bakar dalam oven, suhu dalam 140 celcius. Kalau suhu rendah boleh naikkan.Ikut oven jugak sebenarnya.Ada yang cepat panas,ada yang tak .Bukan apa, takut kelapa kering yang kita salut tadi hangus je. Bila biskut kelapa dah keperang-perangan, tandanya dah masak. Selamat mencuba  !
Mampu tak ? Hee.Kalau tak boleh tengok bawah punye resepi.



Biskut Kelapa Moden
530 gm tepung gandum
350 gm mentega
170 gm gula halus/kastor
sepaket kecil kelapa parut kering.(dalam 80-100 gm)
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya

1.Pukul mentega,gula dan esen hingga kembang.
2.Masuk telur dan kacau perlahan.
3.Masukkan tepung dan kelapa. Kacau rata.
4. Canaikan doh dan tekap guna acuan yang anda suka. Kalau nak bulat2 kan lepas itu leperkan dengan garfu pun boleh juga
5. Bakar pada suhu 150 celcius selama 15-20 minit/keperang-perangan.

Biskut seterusnya pula ,Pandan cookies.


Bahan-Bahan Pandan Cookies
260 gm tepung gandum
180 gm mentega
60 gm gula aising
1/2 biji putih telur
1 sudu teh esen perisa pandan
2 gm serbuk penaik
beberapa titik pewarna pandan


Cara-caranya
1.Pukul mentega dengan gula aising hingga kembaang.
2.Masukkan putih telur dan pukul lagi
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum,serbuk penaik, perisan pandab dan pewarna hijau. Uli hingga sebati
4.Canai doh dan guna acuan yang disukai.Hiaskan dengan ceri.
5.Bakar pada suhu 10 darjah celcius selama 15 minit.


Selamat Mencuba ! Menarik




Terima kasih kerana membaca :)






Comments
0 Comments

0 zombie je?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...