31 July 2012

Idea Cara Guna Kain Felt

Pelbagai jenis kraf boleh dihasilkan






1.Guna sebagai penghias (macam sulam tampal jugak) T-shirt

2.Boleh jadikan FM ,barulah berseri peti sejuk tu.

3,Boleh jahit sebagai kotak tisu (dah buat)

4.Boleh buat bantal felt.Hanya perlu jahit dan masukkan kapas  bebanyak. ekeke

5.Boleh buat patung, tempat cucuk jarum peniti,(dah buat)



6.Boleh jadikan beg, casing iphone(sebab tebal dan menyerap hentakan) (dah)


7.Boleh jadikan dompet, keychain nama. dan banyak lagi. Seronok kan bila tahu banyak kegunaan ?

\.Akan diupdate lagi.Ok Selamat bermesra diri dengan felt !



Cornflakes Madu , Keemasan 24 Karat

   Ok tak. Tak. Tajuk saja diberi penambahan. Kenapa keemasan 24 karat ? sebab kita akan guna lebih madu. Ekkeke. Barulah bersinauuu benau-benau. Hamek kau melaka.

Bahan-Bahan
setengah buku buttercup (125 g)
setengah kotak cornflakes besar
3/4 cawan gula halus
5 sudu besar madu
*boleh tambh coklat masakan kalau nak. Tapi nanti tak jadi cornflakes madu lagi tapi cornflake coklat. haha

Cara-caranya
1.Panaskan kuali ,masukkan butter dan gula .Cairkan.

2.Masukkan madu dan kacau , kemudian masukkan cornflakes dan kacau hingga rata.

3.Masukkan dalam acuan kertas dan bakar hingga kuning selama 5 minit. Tujuannya untuk bagi cornflakes melekat. Suhunya pula dalam 100 celcius. Ikut oven masing-masing :)

Selamat Mencuba !



Resipi Biskut Kelapa Tradisional & Moden

         
   Biskut kelapa,antara biskut wajib dibuat setiap tahun .Cara nak buat pun mudah.Nama pun biskut raya mudah.Resipi ni diambil dari buku resipi lama, lagi saya kecik lagi :) Sebab semua pun tak pakai sukatan kan.

KLIK SINI !
KLIK SINI !

          Semua main  pakai cawan. Jadi awas ! Setiap cawan kita dirumah masing-masing tak sama sukatan.Cawan tu jangan besar sangat,jangan kecil sangat.Sedang-sedang je dah memadai .Tapi kan ,kalau rasa tak yakin nak buat kuih tradisional ,boleh juga buat biskut kelapa yang moden punya.Yang ni ada sukatan dan kompomm jadi . Boleh scroll bawah ye.


Biskut Kelapa Tradisional

1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung sagu/ubi kayu (Untuk bagi biskut rangup sangat)
1 setengah gelas gula halus
3 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla (Kalau dah pakai kelapa basah yang digoreng sendiri, tak payah esen ni pun takpe.)
Marjerin/mentega ikut basah (orang dulu main agak2 je)
Kelapa kering 50 gm /setengah paket kecil

 Dulu pakai kelapa basah kemudian goreng sendiri. Bau kuih tersangatlah wangi. Sekarang mana nak dapat lagi.




Cara membuatnya
1.Pukul mentega dan gula sampai kembang. Kalau nak guna sikit, guna mentega.Kalau nak guna banyak, guna marjerin. Jimat sikit. Mengenai kebasahan, bila biskut disalut kelapa kering nanti ,biskut akan kering(saya selalu tersedak . haha.).Jadi boleh lebihkan mentega/marjerin kalau nak biskut tak kering.Kadang2 doh boleh jadi kering kalau kelapa terlebih nanti.Pandai2 lah adjust ikut selera:)


2.Masukkan kuning telur satu persatu,esen vanilla ,pukul lagi.


3.Dalam masa yang sama ,ayak tepung gandum dan baking powder bersama.Masukkan dalam mangkuk adunan tadi .Masukkan tepung sagu  dan kelapa kering. Ulikan doh sehingga sebati.


4. Kemudian boleh canai doh  dan guna acuan pelbagai bentuk. Golekkan/salutkan dengan kelapa kering sebagai hiasan.


5.Boleh bakar dalam oven, suhu dalam 140 celcius. Kalau suhu rendah boleh naikkan.Ikut oven jugak sebenarnya.Ada yang cepat panas,ada yang tak .Bukan apa, takut kelapa kering yang kita salut tadi hangus je. Bila biskut kelapa dah keperang-perangan, tandanya dah masak. Selamat mencuba  !
Mampu tak ? Hee.Kalau tak boleh tengok bawah punye resepi.






Biskut Kelapa Moden

530 gm tepung gandum
350 gm mentega
170 gm gula kastor
sepaket kecil kelapa parut kering.(dalam 80-100 gm)
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya
1.Pukul mentega,gula dan esen hingga kembang.

2.Masuk telur dan kacau perlahan.

3.Masukkan tepung dan kelapa. Kacau rata.

4. Canaikan doh dan tekap guna acuan yang anda suka. Kalau nak bulat2 kan lepas itu leperkan dengan garfu pun boleh juga

5. Bakar pada suhu 150 celcius selama 15-20 minit/keperang-perangan.

Ok uolss, selamat hari raya !

Sebelum tu kalau puas hati jangan lupa tolong penulis klik iklan yang berkenan. Satu pun jadilah. Terima kasih daun keladi . Jujur ye  :D




29 July 2012

Tutorial Burung Twitter Terbang Mencari Cinta

Assalamualaikum cinta .
Waalaikumussalam rindu.
Ewahh. Seperti telah direquest oleh seorang blogger yang blognya ada music box titanic, Cik Hazirah Halmi.Dah macam Heliza Helmi pulak kalau sebut lelaju.Ni code asal saya letak kat blog.Means bukan saya yang host kan atau upload. Kalau nak tunggu den upload sampai kesubuh tak jadi pun lukisan burungnya.Ekekeke. Ok kita akan membela seokor burung biru di blog.Burung mencari cinta .Nama diubah ikut suka tak ikut mana-mana akta. Dah . Dah. Fokus,

1.Template>Edit Html>F3

2.Search perkataan  </body>

3.Ok dah search kan. 
Copy code dibawah ni.Kemudian paste atas perkataan </body> yang kita cari tadi.

<script src='http://bloggerblogwidgets.googlecode.com/files/way2blogging.org-tripleflap.js' type='text/javascript'>
</script>
<script type='text/javascript'>
var twitterAccount = &quot;Surname&quot;;
var tweetThisText = &quot; <data:blog.pageTitle/> : <data:blog.url/> &quot;;
tripleflapInit();
</script>

Sebelum tu , Chopp . Tukar dulu Surname dengan surname twitter korang.Dah siap bolehla save kalau takde error.Kalau takleh, inform me. 



28 July 2012

Senarai kuih raya paling mudah nak buat (bujang sahaja)

Assalamualaikum wbt


          Bujang lagi tak? kalau dah kahwin, sila-sila pergi tengok tv, channel 703 tengok Asian Food Channel.Kerana segala makanan yang dinyatakan di sini hanya untuk mereka yang bujang, makan seorang, tak punya sebarang kemahiran, bajet kurang dan elemen akhir mempunyai rasa malas yang amat dahsyat.


    Anda harus malas Kalau anda seorang yang rajin mungkin anda boleh cuba tengok resipi yang lebih baik seperti cheesecake topping syrup dan kek oreo dengan almond yang mana masa nak makan lebih singkat daripada masa untuk  membuat kuih tersebut.

   
    Ini tidak bagus ye puan-puan.Sebagai chef bujang ,kita kena urus masa dengan efisyen .Masa yang lebih harus digunakan untuk mencari balak ke,usha k-pop ke , online facebook ke -__-'' . Barulah nikmat hidup.


Ok masterkan diri dengan kuih dekat bawah ni then baru buat macam atas ni. Hikhik


Senarai Kuih Raya Wajib Buat.
1)Cornflake madu/coklat
2)Biskut Kelapa Moden 
3)Biskut Kelapa Tradisional
4)Pandan cookies


Cornflakes Madu
Bahan-Bahan
setengah buku buttercup (125 g)
setengah kotak cornflakes besar
3/4 cawan gula halus
5 sudu besar madu.

Cara-caranya
1.Panaskan kuali ,masukkan butter dan gula .Cairkan.

2.Masukkan madu dan kacau , kemudian masukkan cornflakes dan kacau hingga rata.

3.Masukkan dalam acuan kertas dan bakar hingga kuning selama 5 minit. Tujuannya untuk bagi cornflakes melekat. Suhunya pula dalam 100 celcius. Ikut oven masing-



Biskut Kelapa Tradisional
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung sagu/ubi kayu (Untuk bagi biskut rangup sangat)
1 setengah gelas gula halus
3 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla (Kalau dah pakai kelapa basah yang digoreng sendiri, tak payah esen ni pun takpe.)
Marjerin/mentega ikut basah
Kelapa kering 40 gm/setengah paket kecil (Dulu pakai kelapa basah kemudian goreng sendiri. Bau kuih ? Tersangatlah wangi.Sekarang mana nak dapat lagi.Hee~)


Cara membuatnya
1.Pukul mentega dan gula sampai kembang. Kalau nak guna sikit, guna mentega.Kalau nak guna banyak, guna marjerin. Jimat sikit. Mengenai kebasahan, bila biskut disalut kelapa kering nanti ,biskut akan kering(saya selalu tersedak . HAHA.).Jadi boleh lebihkan mentega/marjerin kalau nak biskut tak kering.Kadang2 doh boleh jadi kering kalau kelapa terlebih.Pandai2 lah adjust ikut selera:)

2.Masukkan kuning telur satu persatu,esen vanilla ,pukul lagi.

3.Dalam masa yang sama ,ayak tepung gandum dan baking powder bersama.Masukkan dalam mangkuk adunan tadi .Masukkan tepung sagu  dan kelapa kering. Ulikan doh sehingga sebati.

4. Kemudian boleh canai doh  dan guna acuan pelbagai bentuk. Golekkan/salutkan dengan kelapa kering sebagai hiasan.

5.Boleh bakar dalam oven, suhu dalam 140 celcius. Kalau suhu rendah boleh naikkan.Ikut oven jugak sebenarnya.Ada yang cepat panas,ada yang tak .Bukan apa, takut kelapa kering yang kita salut tadi hangus je. Bila biskut kelapa dah keperang-perangan, tandanya dah masak. Selamat mencuba  !
Mampu tak ? Hee.Kalau tak boleh tengok bawah punye resepi.



Biskut Kelapa Moden
530 gm tepung gandum
350 gm mentega
170 gm gula halus/kastor
sepaket kecil kelapa parut kering.(dalam 80-100 gm)
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya

1.Pukul mentega,gula dan esen hingga kembang.
2.Masuk telur dan kacau perlahan.
3.Masukkan tepung dan kelapa. Kacau rata.
4. Canaikan doh dan tekap guna acuan yang anda suka. Kalau nak bulat2 kan lepas itu leperkan dengan garfu pun boleh juga
5. Bakar pada suhu 150 celcius selama 15-20 minit/keperang-perangan.

Biskut seterusnya pula ,Pandan cookies.


Bahan-Bahan Pandan Cookies
260 gm tepung gandum
180 gm mentega
60 gm gula aising
1/2 biji putih telur
1 sudu teh esen perisa pandan
2 gm serbuk penaik
beberapa titik pewarna pandan


Cara-caranya
1.Pukul mentega dengan gula aising hingga kembaang.
2.Masukkan putih telur dan pukul lagi
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum,serbuk penaik, perisan pandab dan pewarna hijau. Uli hingga sebati
4.Canai doh dan guna acuan yang disukai.Hiaskan dengan ceri.
5.Bakar pada suhu 10 darjah celcius selama 15 minit.


Selamat Mencuba ! Menarik




Terima kasih kerana membaca :)






25 July 2012

Tutorial & Pengenalan Exabytes : Angel affiliate Program


Angel Affiliate Program


      Assalamualaikum dan selamat malam semuaa.

            Apa benda la kan Angel Affiliate Program ni?AAP sebenarnya salah satu program Exabytes dimana kita akan pilih iklan yang kita nak iklankan ,kemudian jika ada yang klik dan berminat dengan iklan tu dan urusan jual beli selesai,kita akan dapat paling minimum RM8.Bayaran ikut jenis iklan . Contohnya kalau kita promosikan Ebiz beginner plan, bayaran yang kita dapat RM 8.Kalau kita promosikan plan yang lebih mahal seperti Ebiz plus plan, kita akan dapat bayaran sebanyak RM 78. Dan bayaran termahal yang korang akan dapat untuk satu iklan ialah RM388.Siapa nak bagi kan ? Nak cashout kena ratus.fuhh gigil lutut dengar.Sabar~~ Dengar dulu. muahaha.

       Bila korang signup,korang akan dapat RM50 dalam akaun korang. Kiranya korang perlu dapatkan Rm350 je lagi. Cara paling mudah, boleh iklankan plan paling mahal. Kalau ada orang berminat, korang memang terus dapat cashout.Nampak macam banyak gila kan nak cashout. Tapi better kot daripada nak tunggu satu klik dengan bayaran bersen-sen.Sampai bila nak cashout Rm 100?.Unless korang punya trafik tinggi la kan. APP ni eloklah bagi mereka yang takde trafik tinggi dan rajin pergi forum.Korang promotekan lah iklannya. Sekali terjual dapat beratus. Dua tiga kali terjual dah boleh cashout. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.Dalam hidup kena.berusaha. Tak berusaha, rezeki tak datang bergolek.wakaka

         Jangan risau. Iklan ni tak kira berdasarkan klik.Klik seribu kali pun tak dapat earning.Well halal lagi cara ni daripada iklan yang dikira per klik.Maklumlah. Segelintir daripada korang kan 'jujur' orangnye masa mengiklan. Lol.

Keutamaan produk ni ialah kita jualkan. Bukan berdasar klik. 


Contoh : Nak web hosting plan? segala plan dan domain ditanggung penuh, hanya RM39 Setahun.Sila klik banner atas.

   Tengok kat atas ni, macam nilah iklannya.Saya pilih iklan ni nak letak kat header.Kalau korang klik pun,saya takkan dapat earning kecuali korang berminat dengan benda yang ditawarkan dan urusn jual beli selesai.ecehok what .daripada blog kosong tanpa iklan dan tunggu cashout nuffnang macam buah tak jatuh-jatuh.ngeee~

Korang boleh jugak promosikan link ,banner dan banyak lagi jenis iklan.Macam-macam ado oi.


Tutorial
 Nak daftar klik sini . Kem.Cara daftar pun senang la sebab takyah klik link activation.Haha.Dasar pemalas buka inbox.





Klik free sign up macam kat atas ni




Klik sign up today macam kat atas ni



Isikan form diatas. Dan create akaun anda.Ok selesai.Mudah kan?


Tu jelah alternatif lain selain nuff,churpchurp dengan says.Hehe.Kalau ado, den post lagi.Nak tuto benda ni tak ? ekeke.request cepat. Kegembiraan haruslah dikongsi bersama.Ewahhh




T-shirt Bride and Groom.

Assalamualaikum.

 Hari tu ada join satu Giveaway dekat blog lagi satu. Penganjurnya Cik Asfiza kata satu pemenang akan dapat 2 helai t-shirt bride and groom . Tapi  Rayyan Apparel , penaja hadiah cakap dia akan pilih 50 pemenang. Seronok sangat ! Rasa nak lompat-lompat. Pikir balik nak amik saiz apa ek. Bukan ada balak pun nak bagi. So bagi mak ayah pakai. Sangat cunn hokeh. Nampak macam moden dan muda la jugak mak ayah pakai t-shirt kapel ni. Terima kasih banyak-banyak kepada penganjur contest dan penaja.


Macam nilah rupa t-shirtnya. Simple and smart kan? ekeke
Gambar curik. wakakaka

Kalau korang berminat nak tempah t-shirt kat rayyan apparel, boleh klik sini.Tempahan sehelai tshirt pun diambil tau. Harga not bad :)



Dapat free sample produk Hada Labo

Assalamualaikum wbt.




      Kenal tak Hada Labo ? Alaaa. iklan baru dekat Tv baru-baru ni.Hada Labo ni under Mentholatum.Macam pernah dengar kan.Alaa jenama produk lip ice sebenarnya.Hari tu dapat free sample lotion sebijik macam kat atas ni daripada Hada Labo.Terima kasih banyak-banyak.Produk ni dikatakan produk nombor satu di Jepun.Bertuahnya. Tapi nak tunggu tu, lamo eh jugok. ekeke

     Perasaan bila pakai? sangat seronok ok. Sebab produk tu sejuk bila dipakai.Oh ya. Tak pakai  sebagai losyen muka pun takpe.Sebab je boleh dipakai sebagai make up remover. Sangat mujarab.Semua mekap hilang.Kadang-kadang bila malas pakai foundation atau pelembab, pakai lotion ni pun ok je. Senang nak sapu ke muka.

Nak beli produk Hada Labo ? Klik sini
Nak selalu dapat free sample? Boleh rajinkan diri selalu usha sini



21 July 2012

Pengenalan kraf kain felt

Assalamualaikum . Selamat berpuasa ye. jangan tak puasa. Dan jangan nak tidur mati pulak tengahari-tengahari ni.Kena sepok kang :) Minta maaflah tak dapat join segmen or contest yang korang dah jemput sebab internet dah limit.ekekeke.

Bercakap mengenai kain felt, takla mahal sangat. Tapi nak kata murah pun tak  jugak. Melayanglah dalam tigeploh hengget kan.Kalau beli juadah berbuka dah lepas tu weh.

Di sini ada sedikit penerangan dan cadangan mengenai kraf tangan kain felt jika anda berminat dengan kraf  kain felt

Basic starter kit 
Semestinya anda perlukan kain felt, jarum jahit, gunting .Kalau dah advance sikit , boleh guna alatan khas untuk pattern kain felt seperti, gunting zig-zag, penebuk lubang, kapas dan lain-lain lagi.

Kain felt . Dah macam scaft syria pulak :p Yang bunga tu hiasan je nak tutup bahagian kain felt yang dah kena gunting :)


Antara benang jahit tangan yang digunakan.Murah je. 7/8 benang ni RM 5. 


Hiasan
Butang,kristal, hot fix stone, manik , labuci, reben

Cara jahitan

Jahit Mesin
Semestinya berbeza mengikut kraf yang hendak dihasilkan. Untuk beg , kita kena jahit mesin sebab jahitannya lebih kuat dan utuh. Dan mungkin untuk multipurpose bag, kena lapik kain lain juga supaya kain tak cepat koyak.

Untuk beg duit , pouch,  atau yang bersaiz kecil sedikit , boleh guna jahit tangan. Kalau jahit guna mesin jahit pun boleh , lagi kuat tapi nama pun handmade craft ,kalau semua guna mesin mana handmadenya kan ? :)

Jenis jahitan tangan
Ada banyak seperti sembat, silang pangkah(tak digalakkan, tak kuat) ,insang pari, jelujur.Kita tak guna jelujur untuk jahit bahagian tepi sambungkan kraf yer. Jelujur cara paling mudah nak jahit hiasan atas kain felt.

Idea untuk kraf felt(ini guna jahitan mesin.Lebih kemas). SUMBER : GOOGLE

Setakat ini sahaja.Oh jangan risau, segmen minggu ni kita akan belajar pasal felt jeeee. Lepas ni kita akan belajar design ringkas untuk buat kraf felt.Ok bye !




10 July 2012

Blogger Menipu Tajuk Entry


1.Tajuk Suspen

Si Polan bin si Polan meninggal dunia.

 Tanggal 10 September 2012,Si polan permata hati negara telah pun meninggal dunia .Si polan yang merupakan tunggak utama dalam filem boxoffice disahkan dimasukkan ke hospital bla bla bla ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah beberapa hari, keluarga mangsa tampil memberi keterangan situasi sebenar. Dikatakan berita kematian si polan telah tersebar di twitter dan akhirnya setelah disiasat terbukti ianya cuma khabar angin sahaja yang disebarkan peminat fanatiknya untuk menaikkan nama si polan.


Kata dah meninggal? Tolonglah buat topik seperti ' Kematian si polan terbukti khabar angin '  ataupun tajuk yang lebih produktif. Tolong yer meleis? 


2.Tajuk Publisiti

Alhamdulillah ! Lady gagak kini berhijab

   Adakah benar Lady gagak sudah mendapat hidayah? Perubahan penyanyi yang sering mengenakan pakaian jelik  itu kini menjadi perbualan hangat dikalangan peminat Illuminati yang sedang bersedih dengan kehilangan tunggak oraganisasi mereka. bla bla bla----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

   Namun janganlah pembaca salah faham.Lady gagak berhijab semata-mata untuk menjayakan wataknya. Lady gagak memegang peranan sebagai isteri solehah dalam filem terbaru Mael Lamborghini telah dilihat berhijab sebulan yang lepas. Ini semua atas dasar komitmen dalam filem itu sahaja.Isu ini timbul kerana Lady gagak telah memuat naik gambarnya ke dalam akaun instagramnya beberapa hari yang lepas.


Memang betul ni cara nak tarik perhatian pembaca .Tak salah.Banyak je surat khabar tulis artikel macam ni. Tapi awak tu blogger. Kalau dah berlambak sangat blogger guna trick ni,memang laku lagi mastika dengan metro dari blog. Dan blogger.com boleh lah gulung tikar tanpa notis dek kerana sikap anda.


3.Tajuk Tidak Tepat

Pemenang contest saya !

            Di sini saya nak mengumumkan sedikit hupdate mengenai kontest yang kami anjurkan. Nobes tak ? Neves tak ? Kalau neves klik la iklan I satu. Sebenarnya kami masih belum pun lagi cari pemenang. yelah.. kucing i baru je mati, i kene balik kampung kejap, oh i banyak meeting so tak sempat bla bla bla-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  sorry sangat. Nanti i umumkian yer . Harap pengumuman ini mampu redakan kenebesan uolsss tu. Ok bye uolsss. Muah. Sorry dear.


Should be 'update pengumuman pemenang' mahupun 'pemenang tak dapat diberitahu' . Something macam tu. Nak tercabut jantung pembaca weh kalau seploh kali kau buat macam tu.


P/s : Sekali kau buat dimaafkan, banyak-banyak kali profesionalisme kau akan dipersoalkan. Suspen ada hadnya. Kalau dah muak, selamat tinggal la gamaknya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...